.

 Online Users
selamat dtang ke blog bellabravos...yg xsberapa nie....trima ksih krana sdi singgah dicni
bellabravos and my honey ISZ AQUENZA Photobucket

Lysa Harada In Da House

Monday 6 February 2012

SIAKAP SWEET SOUR

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara:
1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.
Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.
Keywords: siakapikansweet-sour

RESEPI

KEK BATIK MAMA
ini resipinya....

1. mentega 250g
2. tepung 1 1/2 cawan (cawan sedang2 la... jgn guna jug plak...)
3. gula 1 cawan (suka hati la nak kurang manis... setengah cawan pun ok...)
4. milo 1 pek (yg harga 3 ringgit lebih tu)
5. susu pekat 1 tin
6. koko 2 sudu
7. telur 5 biji
8. biskut marie
9. sedikit kacang cincang atau nestum... (kasi sedap lagi....)
caranya.....
1. mula-mula masakkan mentega tu hingga cair dalam kuali...
2. kemudian masukkan semua bahan2 tu satu persatu.... sudah sebati baru masukkan telur... gaul sampai masak... pastu masukkan biskut marie....
3. akhir sekali... letak la kacang atau nestum atau kedua-duannya sekali....
4. masuk dalam loyang.... lepas tu bolehlah di bedal....

PUDING ROTI MARBLE

Bahan A
10 gm serbuk agar-agar cap bintang
1 Liter air
1 cawan gula

Bahan B
7 keping roti [buangkan kulit dan koyakkan kecil]
1 tin susu cair
1 cawan air buah koktel atau peach
1 s/k esen vanilla
1 biji telur ayam

Bahan C
3 s/b tepung kastad + 5 s/b air
2 s/b serbuk koko ]
2 s/b air ] bancuh

Cara
1. Masukkan Bahan A dalam periuk dan masakkan sehingga mendideh.
2. Blend halus Bahan B.
3. Bancuhkan tepung kastad dan air dan masukkan dalam Bahan B
4. Masukkan Bahan B dalam periuk Bahan A dan masakkan sehingga mendideh [nampak blup..blup gitu].
5. Tutup api dan bahagikan adunan pada 2 bahagian.
6. Masukkan larutan koko dalam 1 bahagian yg berasingan dan biarkan 1 bahagian warna asal.
7. Sediakan loyang dan tuangkan adunan plain dan coklat berselang seli mengikut beberapa lapisan yg disukai. Sejukkan.
9. Hidangkan puding dan hiaskan dengan hirisan peach atau fruit koktel dan lebihan air dalam tin.
Keywords: pudingrotimarble

Tepung Bungkus

Bahan
1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sikit garam
Daun pisang

Bahan-bahan inti:
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
1 s/b gula
1 s/b tepung gandum
4 s/b air
1 helai daun pandan

Cara:
1. Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.
3. Jadikan inti bebola kecil. Ketepikan dahulu.
4. Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
5. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan.
6. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.
7. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan dan hidangkan.

Kerabu Jantung Pisang

Bahan
1 biji jantung pisang [rebus sehingga lembut dan hiris]
1 cawan daun ulam raja [hiris halus]
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
3 s/b jus asam jawa secukupnya
1 s/k gula

Bahan Mesin
1 labu bawang besar
2 batang serai
3 cili merah
5 tangkai ciliapi
segengam ikan bilis
sedikit belacan [jika suka]
garam

Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perahkan air asam jawa.
2. Rasakan masin & manis kerabu ini.
3. Hidangkan bersama nasi putih.
Keywords: kerabujantungpisangsayur

MARI belaJAR bahASA tHAI PArt1

Salam Sejahtera

Sawaddi


Selamat pagi

Arun Sawad


Selamat Malam

Ratri Sawad


Selamat Tinggal

La korn


Selamat Jalan

Kho hai chok dee





Apa khabar?

Sabai di mai?


Khabar Baik

Sabai di


Terima Kasih

Khobkhun


(Lelaki) Terima Kasih

Khobkhun krab


(Perempuan) Terima Kasih

Khobkhun kah


Sila

Chean


(L) Sila

Chean Krab


(P) Sila

Chean Khah





Awak dari mana?

Khun ma chak nai


Awak tinggal di mana?

Khun ju ti nai


Bolehkah awak cakap bahasa Thai ?

Khun phud phasa Thai dai mai


(L) Ya

Krab


(P) Ya

Khah


Tidak

Mai

Tidak Boleh

Mai Dai


Boleh

Dai


Pergi

Peai


Mari

Ma


Makan

Kin


Minum

Deum


Beri tahu

Bok


Tahu

Roou


Tidak tahu

Mai roou


Tidak Pandai

Mai pen


Kedai

Rarn


Jalan

Thanon


Rumah

Ban


Wang

Ngen


Market

Talat


Ini berapa

Ni thau rai


Itu berapa

Nan thau rai


Mahal

Pheng


Murah

Thook





Saya



(L) Saya

Phom


(P) saya

Chan


Cik, awak

Khun


Dia

Khau


Di mana

Thi nai


Bila

Mea rai


Siapa

Khrai

WARNA


SEE (SI)

HITAM

SI DAM

PUTIH

SI KHAU
MERAH

SI DENG

BIRU

SI NAM NGERN

HIJAU

SI KHEW

KUNING

SI LEANG

BelaJAR baHasa JEpun Part2

Hajimemashite = Nice to meet u
Watashi = I(personal pronoun)
Yoroshiku Onegai Shimasu = Please be kind to me
Amerika = America
Kanada = Canada
Igirisu = England
Osutoraria = Australia
Indo = India
Nihon = Japan
Jin = Person,used as a suffix for nationality
Sayonara = Goodbye
Mata ne = See you again
Jaa ne = See you
Katakana = Katakana(Japanese writing system used primarily for borrowed words)
Namae= Name
Kokuseki = Nationality

Watashi wa [namae desu]
I am [name].

Watashi wa [kokuseki] desu.
I am [nationality].

Konbanwa minasan
Selamat petang/malam semua,
hima desu, nande?
sunyi jer! kenapa?
isogashi desu ka?
Sibuk kerja yer?

OHAIYO GOZAIMASU= selamat pagi
KONICHIWA = slamat pagi l/kurang 10am-7pm
KONBANWA= 7pm- t/malam.
OYASUMI NASAI = ucapan nak tido.

tabemasu-makan
nomimasu-minum
mimasu -menonton
shimasu-perbuatan
kaimasu-beli
torimasu-tangkap gambar
kikimasu-dengar
yomimasu-membaca
kakimasu-tulis

cth ayat

Watashi wa gohan o tabemasu
mksdny:- sy makan nasi

makanan

-gohan-nasi
-pan-roti
-o-kayu- bubur
-sandoithchi- sandwich
-sarada-salad
-yakisoba- mee goreng
-yokigohan-nasi goreng

jom cube bt ayat lain..
watashi wa pan to tabemasu
mksy: sy makan roti dan telur..

ashita kazoku to issho ni ega o mimasu
ashita=esk to = dg kazoku=famly issho ni= bersama eiga= wayang mimasu=tengok
mksd:esk tgk wayang bersama famly..

*NIHONGGO BENGKYOUWO SHIMASHOU*
(MARI BELAJAR BAHASA JEPUN)
1. Ohayou gozaimasu -selamat pagi
2. Konnichiwa -selamat tengahari/selamat petang
3. Kombanwa (ucapan ini digunakan pada waktu malam iaitu selepas matahari tenggelam dan keadaannya mula menjadi kelam)
4. A~ Onamaewa -siapakah nama anda?
B~ ______ desu (isi tempat kosong dengan nama anda)
5. A~ Ogenki desuka -apa khabar?
B~ Hai,genkidesu -khabar baik
6. A~ Ohisashiburidesune -lama tak berjumpa
B~ Soudesune -ya
7. Sayounara -selamat tinggal/selamat berpisah/selamat jalan
8. * Sumimasen/gomennasai -minta maaf/maafkan saya
* Sumimasen (digunakan semasa kita memerlukan perhatian seseorang seperti dalam Eigo[bahasa Inggeris} ; excuse me…)
9. Shitsureishimasu –maaf kerana mengganggu
(digunakan semasa memasuki bilik/rumah seseorang)
10. A~ Arigatou gozaimasu –terima kasih
B~ Douitashimashite –sama2
11. Omedetou gozaimasu –tahniah
12. Gambatte kudasai –semoga berjaya
13. Zannen desu –kecewanya/sedihnya
(sebutan ini menunjukkan perasaan kecewa/sedih/kesal apabila seseorang itu gagal melakukan sesuatu)
14. Taihen desune (menunjukkan perasaan sangat/terlalu atau keadaan sukar/serius)
15. Bikkurimashita –terperanjat saya!/terkejut saya!
16. A~ Itte kimasu –saya pergi ya
(sebutan semasa keluar dari rumah)
B~ Itte rasshai –sila pegi/pergilah
(sebutan balas bagi orang berada di rumah/ditinggalkan
17. A~ Tadaima –saya sudah pulang/saya kembali
(sebutan semasa tiba di rumah)
B~ Okaerinasai –selamat kembali
(sebutan balas bagi orang yang menyambut kepulangan/berada di rumah)
18. Kiotsukete kudasai –sila berhati2/berjaga2
19. A~ Daijoubu desuka –ada apa2 masalah ke?
(menunjukkan perasaan sangat bimbang dan bersedia menghulurkan bantuan)
B~ Daijoubu desune –jangan bimbang/tiada masalah
20. Itada kimasu (sebutan semasa memulakan makan)
21. Gochisousamadeshita (sebutan selepas habis makan)
22. Oyasuminasai –selamat malam
(digunakan semasa pergi tidur)


sumber diambil dri HALAQAH...

Learn Japanese Numbers 1 to 20

maRI BelAJar BAhaSA jePUN part 1

Ohaiyougozaimas = selamat pagi

konnichiwa = selamat petang

konbangwa= selamat malam

Onamaewa= Siapa nama awak?

Watashiwa Anades= Saya Ana.

*Dalam bahasa Jepun, kebiasaannya ayat penyata akan diakhiri dengan des.
Contohnya ayat di atas.

Ogengkideska= Awak sihat ke?

hai, gengkides= Ya, sihat.

iie watashiwa gengkidewaarimasen= Tidak, saya tak sihat.

* Kalau ya= hai.
Kalau tidak= iie

Cara nak sebut iie = 'e' bunyi seperti 'yek'.

Arigatougozaimas= terima kasih.

Untuk pengetahuan halawah, perkataan yang berakhir dengan 'ka' hanya untuk ayat tanya.
Contohnya:

Arewa nangdeska. = Itu apa?

Wakarimaska= faham tak?

arigatougozaimas= Terima kasih.

douitashimashite= Sama-sama.

Ohisashiburidesne= Lama tak jumpa..

sayounara= Selamat tinggal/Bye!

Omedetougozaimas= Tahniah!

Nombor dalam bahasa jepun

1 = ichi 6 = roku

2 = ni 7 = nana/shichi

3 = san 8 = hachi

4 = yong/shi 9 = kiu/ku

5 = go 10 = ju

kalau nombor 10+ :

11 = juichi 16 = juroku
12 = juni 17 = junana/jushichi
13 = jusan 18 = juhachi

14 = juyong/jushi 19 = jukiu/juku
15 = jugo 20 = niju

untuk balasan ucapan terima kasih pulak ialah
dooitashimashite yang bermaksud sama-sama

maksudnya mcm ni,

A: arigatoo gozaimasu..
B: dooitashimashite

Wakaranai- x tau
nai - tau
Sumimasen- Mintak Maaf
Gohan - Nasi
Damek - rosak@reject

sayonara = selamat tinggal (perpisahan jangka masa yang lama)
jaane = selamat tinggal ( untuk perpisahan yang singkat/ seharian)

* ganbatte : berusaha
* sensei: cikgu
* suteki : indahnya.
* taiyou : matahari
*namida : tangis
* uta : lagu
* rakan-rakan : tomodachi @ nakama (kawan seangkatan)

wakarimasuka? - paham tak?
wakarimasen... - sori, tak paham...
WAKARANAI...TAK TAU...


Ittadakimase=terima kasih dengan orang yang buat makanan tu
Ikimasu=saya pergi dulu
Ittarashai=baik-baik jer
Tadaima'=dia bagi tahu dia dah balik
Okaeri=selamat sampai

Sukoshi = Sikit

De = Guna

Hanashimasu = Cakap

Hanashimashou = Jom cakap

Hanasemasu = Boleh cakap

doozo yoroshiku onegaishimasu....= slamat berkenalan...

ORE bermakna 'aku'...penggunaan yang tidak formal atau tidak berapa polite...
WATASHI bermakna saya.. formal dan lebih sopan
OMAEWA bermakna engkau.. selalu bergandingan dengan ORE

WATASHI - ANATA
BOKU - KIMI
ORE - OMAEWA

ikura desu ka? - Berapa harga?

Kalau nak mintak tgk sesuatu barang: sumimasen, kono kutsu o misete kudasai - Boleh saya lihat kasut itu?


A - ka B- tu C- mi D - te E - ku
F - lu G - ji H - ri I - ki J - zu
K - me L - ta M - rin N - to O -mo
P - no Q - ke R - shi S - ari T -chi
U - do V - ru W -mei X - na Y - fu
Z - zi

Sunday 5 February 2012

SUKA SUKA



laWAK kamPUS


INI KISAH ANAK BUANG EMAK

Kuala Lumpur: “Selama membesarkan dia, saya tak pernah terfikir yang dia tergamak membuang ibu sendiri,” rintih seorang ibu yang kini hidup merempat sejak enam bulan lalu selepas ‘dibuang’ anak perempuan tunggalnya akibat penangan cinta lelaki Iran.

Ibu itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ani, 47, kini menumpang berteduh di rumah rakan dan berpindah-randah dari satu kediaman ke kediaman lain di Seremban, Negeri Sembilan serta Selayang di sini, dengan hanya membawa lima helai pakaian.

“Saya tidak menumpang lama di rumah orang dan berpindah-randah dari rumah rakan ke rumah rakan lain selepas tinggal dua atau tiga hari. Saya tidak ada sesiapa dalam hidup ini. Selepas suami meninggal dunia pada 2008, hanya anak perempuan tunggal itu yang menjadi tempat saya bergantung.

“Namun, perkenalannya dengan seorang lelaki Iran menerusi Internet mengubah hidup saya. Saya dihambat lelaki itu keluar dari rumah manakala anak pula langsung tidak peduli, malah ‘menghiris’ hati saya apabila sanggup meminta saya pergi jauh daripada hidupnya,” katanya yang ditemui, semalam.

Menurutnya, sebelum ini keluarganya hidup bahagia, malah perkahwinan anak perempuannya dengan seorang lelaki tempatan menghadiahkannya seorang cucu lelaki.

“Saya tidak bekerja, tetapi mujur arwah suami meninggalkan sedikit wang dan sebuah kereta kepada saya.“Begitu juga dengan anak perempuan saya, dia berkahwin dan mempunyai kerja yang baik dengan gaji antara RM7,000 hingga RM8,000 sebulan. Dia juga membeli sebuah apartmen di Subang Jaya dan meminta saya tinggal di situ selepas kematian suami saya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, hidupnya musnah selepas anaknya jatuh cinta dengan seorang pelajar sebuah kolej swasta warga Iran berusia 25 tahun kira-kira dua tahun lalu.

“Demi pelajar kolej swasta itu, anak saya sanggup meninggalkan suami, berhenti kerja dan duduk serumah dengan lelaki itu.

“Dia berubah, nasihat saya dibalas dengan kata-kata kesat, malah kunci apartmen miliknya yang menjadi tempat tinggal saya ditukar apabila saya keluar ke rumah rakan selepas dimintanya atas alasan kawan kekasihnya yang datang dari Iran mahu menumpang sementara waktu,” katanya.

Ani berkata, ketika cuba bertanyakan mengapa kunci ditukar, lelaki Iran terbabit menghalaunya keluar dari apartmen itu di depan anaknya dengan alasan dia cuba mengganggu kehidupan mereka.

“Saya tidak ada sesiapa di dunia ini kecuali anak saya. Dia nyawa dan jiwa saya, tetapi semuanya musnah sekelip mata disebabkan orang asing.

“Kereta milik saya juga dilelong bulan lalu kerana bayaran ansuran tertunggak dan sejak Jun lalu, saya menumpang ihsan rakan, tetapi berapa lama boleh berteduh di rumah orang menyebabkan saya sering berpindah-randah selepas beberapa hari.

“Mungkin satu hari nanti, saya terpaksa tinggal di bawah jambatan kerana tidak memiliki apa pun, sudahlah tiada harta, anak kesayangan pula membuang saya,” katanya. -hm

Ulasan GB

Jika sebelum ini GB paparkan kisah emak buang anak, yang di atas pula kisah anak yang buang emak. Semuanya gara-gara didikan agama yang lemah dan mengikut hawa nafsu yang keterlaluan.

Sedangkan Hadith telah memesan kepada kita sehingga meyebut 3 kali perkataan ibumu:

Abu Hurairah r.a berkata:
“Seorang pemuda berjumpa dengan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dan berkata: Wahai Rasulullah s.a.w, siapakah orang yang lebih berhak mendapat layanan dan kasih sayangku? Nabi s.a.w berkata: Ibumu. Kemudian siapa pula? Nabi s.a.w berkata: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa pula? Nabi menjawab: Ibumu. Bertanya lagi beliau: Kemudian siapa? Nabi s.a.w berkata: Bapamu.” - Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Ashraf Abd Aziz, atau Aleesha Farhana...

Memanjangkan kisah menarik di Harian Metro, sesuatu yang agak taboo dan mungkin penghinaan telah diberikan.

Namun dari sudut hati seorang ibu yang melahirkan setelah jerih mengandung dan ketabahan seorang bapa membesarkan dengan penuh dugaan, apakah pula rasanya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pepatah yang popular dan sering didengar dan diucapkan oleh kita bagi mengambarkan betapa berat beban yang dihadapi oleh sesiapa.

Apakah daya kita ? Apakah rasa kita ? Apakah tindakan kita? Apakah kita berhak menghukum? Apakah kita berhak mencemuh? Apakah kita sekadar pula berdiam diri? Atau apakah kita sekadar mengumpanya angin yang berdesir, datang dan sekadar melalui ruang?

Seorang ibu merintih sedih kerana kecewa malah lebih daripada sebilangan antara kita yang sama merasainya ... Seorang bapa mungkin malu dan keliru tidak kepalang memikirkan anak lelaki bertukar perwatakan... Derita mereka, siapa yang tahu... KUALA TERENGGANU: “Jika kematian adalah penyelesaian, tolonglah ambil nyawanya, tapi (sebelum itu) ambil nyawa saya dan suami dulu kerana kami juga sebahagian daripada punca masalah ini,” kata ibu Mohd Ashraf Abd Aziz, 25, yang permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi di sini, kelmarin.Wanita berusia 50 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Mak Yah berkata, hati dia dan suami, Abd Aziz, 60, cukup terguris apabila ada pihak tergamak mendoakan kematian Mohd Ashraf seperti disebarkan melalui blog serta laman sosial di Internet.

“Ada yang menyebut lebih baik dia mati, tapi ambillah nyawa saya dan suami dulu,” katanya pada pertemuan di rumahnya di Kampung Telaga Daing dekat sini, semalam. Kelmarin, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa ketika menolak permohonan Mohd Ashraf berkata, biarpun dia sudah menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009, ia tidak boleh dijadikan hujah untuk mahkamah menerima permohonannya. Dengan nada sinis Mak Yah berkata, memang mudah melemparkan pelbagai tohmahan terhadap keluarganya, tetapi tiada siapa tahu penderitaan ditanggung mereka sekeluarga.

“Cuba bayangkan jika mereka berada di tempat kami,” katanya yang mengakui dia dan suami amat tertekan dengan pandangan orang ramai yang menuduh mereka gagal menjadi ibu bapa yang baik.

“Kami sedih dengan tohmahan sesetengah pihak termasuk media apabila ada beranggapan kami membelakangkan Tuhan dengan menyokong keputusan Mohd Ashraf menukar nama dan jantina dalam kad pengenalannya.

“Hakikatnya kami sekeluarga tidak pernah menyokong tindakannya dan amat terkejut bila dia membuat pembedahan menukar jantina sehingga kami pernah tidak mengakuinya anak,” katanya.Mak Yah mengakui dia menyedari Mohd Ashraf memiliki ciri-ciri kewanitaan sejak bayi lagi, namun terkejut apabila anaknya melakukan pembedahan jantina pada 2009 dan ketika itu dia dan suami menunaikan haji di Makkah.

“Kami berada di Makkah mengerjakan haji ketika itu dan sepanjang pengetahuan kami, dia bekerja di Putrajaya,” katanya.

Menurutnya, Mohd Ashraf tidak memberitahu mereka mengenai ujian perubatan dan hormon dilakukannya di Pusat Perubatan Pantai di Kuala Lumpur dua tahun sebelum pembedahan itu.
“Disebabkan terlalu marah, kami bakar semua pakaiannya dan memberitahunya supaya jangan pulang ke rumah lagi, tetapi kami tahu dia kerap pulang, cuma bermalam di dalam keretanya tanpa masuk ke rumah,” katanya.Sementara itu, Abdul Aziz yang juga bekas tentera berkata, dia tidak mempunyai masalah mendisiplinkan anak, tetapi buntu menghadapi masalah membabitkan Mohd Ashraf.

“Adiknya pernah memotong rambutnya (Mohd Ashraf) seperti tentera, tetapi kami tetap melihatnya seperti seorang wanita, bezanya hanya rambut dia pendek.

“Saya menyedari kami perlu menangani masalah ini dan bukannya berterusan menafikannya kerana kami masih mempunyai Mohd Ashraf yang lama,” katanya. Menurutnya, masalah itu mungkin boleh dielak jika dia mendapatkan pandangan pakar mengapa Mohd Ashraf tidak mempunyai karakter lelaki ketika membesar.

“Suaranya tidak berubah menjadi garau ketika dia meningkat remaja dan gayanya berjalan juga seperti wanita, tetapi ketika itu saya tidak terlintas akan timbul masalah lebih besar,” katanya Abdul Aziz berkata, jika kesilapan membesarkan anak menjadi punca Mohd Ashraf mahu menjadi wanita, dua anak angkatnya yang lebih tua sepatutnya menghadapi masalah sama.

“Anak angkat lelaki dan perempuan saya tidak mempunyai masalah, begitu juga adik lelaki dan perempuan Ashraf,” katanya.Meskipun mendengar mengenai kewujudan fatwa oleh Jakim yang membenarkan seseorang yang jantinanya diragukan menjalani pembedahan pertukaran jantina, Abdul Aziz berkata, dia tidak pasti bagaimana perkara itu boleh dilakukan kerana tiada garis panduan.

“Keputusan ujian perubatan menunjukkan dia mempunyai lebih banyak hormon perempuan berbanding lelaki. Bolehkah fakta ini menyokong permohonannya? Saya harap perkara seperti ini dijelaskan dengan terperinci dan layak diberikan pertimbangan,” katanya.

Mohd Ashraf pula berkata, dia menerima keputusan Mahkamah Tinggi dan akan mengemukakan rayuan.

“Selagi ada ruang mengikut peruntukan undang-undang, saya akan merayu. Orang mungkin berharap saya diam terus atau mati, tetapi saya hanya mahu menjalani kehidupan yang aman,” katanya.

UNTUK YG BERGELAR ISTERI

Copy paste from ukwah.com
Saya rasa elok kita para isteri baca...sekurang2nya boleh perbaiki yang mana tak kena..demi kerukunan rumahtangga..


25 Sebab Suami Naik Darah
1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. “hubby i tu kan kan..siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla ”
2. Mengganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. “hello abang ada meeting ke tu, sorry lah cuma nak cakap..malam ini kita masak sardine saja ..ok tak ”
3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. “kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah lah kat atas shelf mana satu..”
4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca. ie. “bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan..”
5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa- apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok ” ie. “eh.. kita suka lah news pasal new peti ais tu..kita dah potong simpan…”
6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. “bang.. semalam kita lupa beli garam,gula beras dan susu budak ….boleh singgah tak mana mana ..pleaze ”
7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian marahkan / menyalahkan suami. ie. “saya kata beli susu cair dan gula melaka, Kenapa awak beli susu pekat dan gula pasir …kan lain tu”
8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. “i dah confirm malam Jumaat ini nak dinner kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? ”
9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. “screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros…”
10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber…ber….ie. ” pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot ..”
11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. “malam ini i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan ”
12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah… tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. “..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner saja, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang ..”
13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. ” sorry lah i tak tau baju kurung mana nak pakai lah so kena pilih betul betul ..”
14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. ” eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu..”
15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. “..eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu..”
16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. “…nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun..”
17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. “..awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak ini..”
18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. “pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong saya potong ayam ini..”
19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. ” u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then lagi
tak tak …then today.. then tadi..u tau tak…semalam u nak tau….bla bla bla bla.”
20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. ” i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah …bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla…ini semua salah you”
21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. ” eh cik abang,awak ini ada affair ke Kenapa sms beep beep beep tak henti henti ini…betina mana pulak awak nak ini…”
22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. “..eee u tau tak hubby i tu makan makanan negeri dia.. eeeii peliknyer!!”
23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. “..Kenapa u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor…i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore ..”
24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie. “..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak..”
DAN AKHIR SEKALI
25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah. ie. “..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama ini dulu then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakaian dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali…..”

Sekadar untuk mendapat pandangan .......betul ke?
Ihsan dari lama web

Kisah Sedih Seorang Ibu

BILA KUCING MENGENGAR LAGU!!!!

                                                           Pabila mendengar lagu
                                                         
                                                        ;Siti Nurhaliza – Biarlah Rahsia

                                                    Dan apabila mendengar lagu
                                              I WANT NOBODY NOBODY BUT YOU!!!

                                                   Dan apabila mendengar
                                                    Linkin Park atau Metallica


                                                     Kalau pulak mendengar
                                                      Ramlah Ram atau SM Salim

                                                               Nih bila terdengar
                                                            Kuch Kuch Hota Hai .. otomatik…….




                                         Kalau dengar korang2 nih nyanyi????
                                        hancusss kelam kabut kucing nih lariiii…


CUCU VS POSMEN

Seorang posmen yang datang menghantar surat.

Posmen : ” Assalamualaikum ”

CUCU : ” Walaikumsalam ”

Posmen :” Ni rumah encik Sameon ye?

CUCU : ” Ya ni rumah ATUK saya”

Posmen : ” Poning kepala saya mencari alamat rumah ATUK kamu ni ”

CUCU : ” Buat susah aje encik nie! Apasal tak pos aje?”

Posmen : ??!@#$%?? (Ada kena sumbat mulut dengan surat-surat nih karang ..)

HAHA!! Hantar je balik CUCU kat umah mak bapak dia!!

TIDURLAH DENGAN SYA

Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah bangunan. Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya menyambutnya.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya…

Lelaki Inggeris : Sama2, tapi anda harus membalas budi…

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Inggeris : Tidur dengan aku….

Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!

Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu…

Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu.



Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya…

Lelaki Perancis : Sama2, tapi anda harus membalas budi…

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Perancis : Tidur dengan aku…

Wanita : Tak guna!! Aku tak mahu!

Lelaki Perancis : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu…

Lelaki Perancis itu melepaskan semula wanita itu.

Dari tingkat 50,40.. dan 30,tidak ada sesiapa pun yangdapat menangkap wanita itu. Wanita itu mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang tersebut.



Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu.

Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata…

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan anda.

Lelaki Arab : Astaghfirullah..(lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut..)

HAHA! Nak salah, taknak pon salah!
petik: syahirul

puisi suka x suka

Masa bercinta
engkau suka, aku pun suka
kemana pergi pun tak apa
yang penting jalan berdua
naik bas pun takpa
jalan tengah panas pun takpa
sampai melecet ketiak jadinya
semuanya suka tiada duka

Masa engkau suka
aku pun suka
tapai yg engkau suka, aku pun suka
walaupun sebenarnya tak berapa suka
petai yg engkau suka, aku pun telan juga
walaupun nak terjegil biji mata
kita sama-sama ketawa

Masa engkau suka
aku pun suka
Tempe yg aku makan, jadi kegemaran kau juga
walaupun kau tak pernah makan sebelumnya

Masa engkau suka
aku pun suka
pakai apa pun tak pe
baju merah tudung biru pun tak ape
tudung kau senget aku kata takpe
gigi kena lipstik, aku tak kisah juga
engkau tetap cantik jelita

Masa engkau suka
aku pun suka
aku pakai apa pun tak ape,
lupa pakai tali pinggang pun tak ape,
T-shirt koyak kat ketiak pun tak ape,
Lupa cukur misai pun tak ape,
Kau kata aku tetap handsome seadanya.

Baru kahwin,
kau sangat suka, aku lagilah suka
macam dunia ini kita yg punya
dua minggu, kita terperap dalam bilik aje
sampai makan pun selalu terlupa

Kau sangat suka, aku lagilah suka
tiga empat papan petai sehari aku tak pernah lupa

Kau sangat suka, aku lagilah suka
hari-hari tiga empat pinggan tempe kau goreng untuk aku saja

Bila anak dua
lain pulak cerita,

Kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab petai yg engkau suka
aku sangat tak suka
mana taknya, bilik air bau hancing jadinya
mungkin salah aku juga
manjakan engkau sangat dengan petai aje

Kau suka, aku tak suka,
aku suka, engkau tak suka,
sebab hari-hari aku nak tempe aje
sampai kau jemu menggoreng jadinya
mulalah komplen aku anak jawa
sendawa pun bau tempe aje,
tapi salah kau juga
kau tak pandai nak masak yang lainnya.

Panjang betul puisi suka tak suka ni
sampai sekarang aku tertanya-tanya
korang ni suka ke tak suka?….

HAHA!! Korang Suka ke tak suka ??

diambil dri cerita..gelak je!

Selena Gomez & The Scene - "Love You Like A Love Song" (Music Video)