.

 Online Users
selamat dtang ke blog bellabravos...yg xsberapa nie....trima ksih krana sdi singgah dicni
bellabravos and my honey ISZ AQUENZA Photobucket

Lysa Harada In Da House

Monday 26 December 2011

Happy sgt2 sb hri nie....

my dear blikan sandle bru...sb sblum nie my dear tkut nk bli klau sya xde tp hri nie stu kjutan sb my dear pilih sndri sandle tu...

Sunday 25 December 2011

happy birthdAY MOM..i hope u happy...smoga mak dmrahkan rzeki..dishatkn tbuh bdan..smga dpermudahkan sgala urusan..trima ksih mak sb mnjaga serta mnddik kyng dgn pnuh ksih syang...trima ksih mak..kyong bersyukur krna ada ibu mcm mak..kyong xkn lpakan sgala pngorbanan mak pd kyong..

Wednesday 21 December 2011

MY DEAR

Hai..nie la suamiku yg tersayang...orngnya biasa je berkulit htam mnis...umor my dear nie dh 30,tp ttap steady. aku...nk kngsi ckit cite tntng my dear nie...lhir pda thun 1981,mnpnyai ktinggian 162cm..mnkala bratnya 56kg.My dear nie tgas ckit orngnya... xska tngok kotor2..pnah berkhdmat dlm ARMY slma 3thun..xlma pun jap je.. My dear nie xcerewet pun bab mkan...snang sgt nk jga my dear nie.My dear nie rjin tlong wifenya uat krja umah klau dia xbz ler..oohh..lp nk bg thu kmi dh berkhwin hmpir 2thun cm skrng kmi blum dkurniakan zuriat je lg..hope u all doa2kn la kmi ye mga cpt dpt bby..My dear nie syang sgt dgn anak2 buahnya...kdang2 hti nie ade jg rsa kesian tgk my dear nie..ye la asyik main dgn anak buah je anak sndiri xde.My dear nie bkn jnis yg mdah marah tp klau dia dh mrah ha..ms tu bru thu mcm dia,(lu pikir la sndiri)dlm bab2 uat kerja nie my dear xska dpksa2 klau dia kate nk uat dia uat ler tp klau dia kte mlas so jgn ler sruh dia uat coz dia xkn uat pnya..yg pnting skali je kite ckap mntak tlong nti dia tlong ler xpyah nk ulang byk2 kli..dia xska.klau nk thu my dear nie klau bwa kreta ska sgt tekan smpai 100 keatas..Nie kisah terjadi msa kmi dlm prjlanan ke KL nk ambil adik dr U..msa tu kmi lalu lbuhrya plus...bwa kreta mcm biase je..tb2 ade ler sbuah kreta honda nie main cucuk2 plak dr blkang...(nk ajak race kononnya)my dear nie biar je..uat xthu...agaknya mamat tu dh boring sb xde respon so dia potong ler..apa lgi lpas dia potong my dear la plak ccuk dia ha msa tu bermula babak F1 aku yg dok kt dpan nie mcm nk keras jdinya..mn tdaknya my dear tkan hmpir 140km..aku nie plak ibaratnya yg tekan brek..mamat tu klah beb.wira vs honda tu..aku xdpat nk kate ape ms tu..tp wlau lju mcm mn skali pun ciri2 kselamatan ttap djga...lg stu tntng my dear nie klau dh dpt main poker texas boyaa kt FB tu dh xnmpak ape dh yg dia nmpak poker..poker...hntu sgt dgn poker tu...kdang2 smpai kmi berebut nk gna laptop...tp yg slalu mngalah my dear ler.skrang nie my dear tgah main poker la..klau dh dahaga krang dia msti pnggil wife dia sb nk air...pndai mmujuk.My dear nie ska cci mta bla nmpak awek2 yg pelik ckit..my dear nie hsap rokok jnama SURYA..rkok lai krang,dr sgi berpakaian plak ska kmas xterlalu smpoi tp klau smpoi dia dh smpai sluar pndek dgn t-shirt je la..my dear nie cermat orngnya brg2 dia yg lma2 tu msih elok tersimpan..bju 2 dia pun msih cntik2 lg..dlu msa bercnta aku pnah bg hdiah sluar kecik sb msa tu aku xthu nk bg ape..rsanya aku bg sluar kcik tu pda thun 2003..byangkn tu lma xlma tp sluar kcik tu msih elok lg..pndai my dear jga brang2 dia.

Tuesday 13 December 2011

DOA MOHON ZURIAT



DOA BUAT SUAMI



DOA KETIKA MENEMUI KESUKARAN

DOA BUAT SUAMI TERCINTA


DOA




AMALKAN SELALU DOA INI



SAYANGI LA DIA SEADANYA


mutiara kata



SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.





Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)

Marilah kita sama-sama bermuhasabah mengenai peringkat solat. Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup. 


* Jenis Pertama 

Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.





* Jenis Kedua 

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.  Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat. Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.



* Jenis Ketiga 

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.  Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.



* Jenis Keempat 

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya. Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.  Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya. Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat. 



* Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi solatnya. Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh. Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan. 

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.  Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.
Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin. · Bacalah Al-Qur'an tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain. Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain." Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya." Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T." 

Monday 12 December 2011

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa. "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.",sambungnya."Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami." Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah. Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL 

Bayi lelaki ditemui dibuang

INSPEKTOR Najahah Abdul Fatah mendukung bayi yang ditemui di kawasan letak kereta Klinik Kesihatan Kota Setar untuk dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk pemeriksaan semalam.


ALOR SETAR 14 Nov. – Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan, ditemui ditinggalkan di dalam sebuah beg di bawah sebatang pokok di belakang Klinik Kesihatan Alor Setar, di sini hari ini.
Bayi yang masih bertali pusat itu dijumpai seorang wanita yang melalui kawasan tersebut pukul 12 tengah hari, sebelum menyerahkannya kepada Klinik Kesihatan Alor Setar di sini.
Jururawat yang enggan dikenali berkata, ketika ditemui, si kecil tersebut dibalut dengan tuala.
“Bayi itu telah diberi susu dan kami menghubungi polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di Klinik Kesihatan Alor Setar di sini hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supritendan Baharom Abu berkata, siasatan polis percaya bayi itu yang berketurunan Melayu baru dilahirkan kira-kira empat jam lalu.
“Bayi tersebut dalam keadaan sihat dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah,” katanya sambil memberitahu, kes itu disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Suspek wanita kes buang bayi masih ditahan

KUALA TERENGGANU 17 Okt. – Polis masih menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kes bayi masih hidup ditemui dalam tangki air pam tandas di sebuah rumah sewa di Kemaman awal pagi Jumaat lalu.
Suspek yang dipercayai ibu kepada bayi itu perlu ditahan untuk tempoh sekurang-kurangnya dua hari lagi bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritendan Abdullah Sani Salat berkata, ketika ini, polis memerlukan masa untuk menyoal siasat wanita berusia 23 tahun itu berikutan keadaannya yang masih lemah.
“Kita akan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat soal siasat terhadap wanita berkenaan berhubung kes itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai penemuan seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan dua jam dalam tangki air pam tandas sebuah rumah sewa di Kemaman kira-kira pukul 3 pagi pada Jumaat lalu.
Bayi yang masih hidup serta bertali pusat itu dijumpai oleh rakan sebilik suspek.
Difahamkan, bayi itu kini stabil dan mungkin akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk dipelihara.

Remaja campak bayi baru dilahir dari flat

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my
Seorang anggota polis menjalankan siasatan di tempat bayi baru lahir dicampakkan ibunya ke dalam longkang di Flat Taman Segar, Selayang, semalam.

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Tiada perkataan dapat diungkapkan melainkan sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang remaja perempuan tergamak mencampakkan bayi baru dilahirkannya dari tingkat dua sebuah flat di sini.
Mayat bayi yang lengkap sifatnya itu kemudian ditemui oleh orang awam di dalam longkang di Flat Taman Segar, Selayang, di sini hari ini.
Ketika ditemui pukul 7 pagi, mayat bayi itu dalam keadaan tertiarap.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, bertindak atas maklumat, polis menahan remaja perempuan itu yang berusia 19 tahun di rumahnya di tingkat dua di flat itu.
Katanya, remaja yang bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang, mengaku melahirkan bayi itu di dalam tandas rumah yang dijadikan asrama pekerja, pukul 4 pagi ini.
“Remaja itu mengaku yang bayinya tersebut sudah tidak bernyawa selepas dilahirkan lalu membuangnya ke dalam longkang.
“Tiada siapa mengetahui meskipun rumah tersebut turut didiami lapan lagi pekerja restoran termasuk empat pekerja Indonesia,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Penduduk, Zarizan Shahari, 27, memberitahu, dia menemui bayi malang itu setelah diminta oleh seorang penduduk lain untuk memeriksa sebuah objek yang mencurigakan di dalam longkang.“Ketika itu saya baru pulang dari kampung di Jengka, Pahang. Alangkah terkejutnya apabila saya dapati ia adalah mayat seorang bayi yang masih bertali pusat.
“Saya terus menghubungi talian 999, sebelum pihak polis datang memeriksa dan mengambil bayi berkenaan.
“Saya difahamkan, rakan mangsa tidak tahu kejadian itu dan hanya menyedarinya apabila melihat tilam dipenuhi dengan kesan darah,” ujarnya yang memberitahu remaja berkenaan baru sahaja berpindah ke flat itu dua bulan lalu.
ARKIB : 28/07/2011

Bayi baru lahir dibuang dalam longkang

 
HAMID Marsuki menunjukkan tempat dia menemui mayat bayi lelaki di Taman Mekar, Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor, semalam. (Gambar kecil), mayat bayi yang masih lengkap dengan tali pusat dan uri.

BATU PAHAT 29 Jan. – Apalah dosa seorang bayi yang baru dilahirkan ini apabila dia diperlakukan seperti haiwan dan dicampakkan ke dalam sebuah longkang di Taman Mekar Air Hitam, dekat sini hari ini.
Namun itulah terjadi terhadap si kecil ini yang mayatnya ditemui oleh pekerja kontrak di dalam longkang sebuah kawasan perumahan yang masih dalam pembinaan.
Mayat bayi lelaki itu ditemui Hamid Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut.
Menurutnya, dia terkejut melihat mayat bayi dengan kesan darah dalam longkang sedalam hampir setengah meter.
“Saya dapati bayi tanpa seurat benang berada dalam keadaan mengiring, lengkap dengan tali pusat dan uri yang belum dipotong.
“Mungkin dibuang pada lewat malam atau awal pagi ini kerana pada pukul 8 pagi hingga 10 pagi semalam, kami masih menjalankan tugas bina longkang dan tembok rumah di kawasan itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris ketika dihubungi berkata, mayat bayi lelaki yang cukup sifat itu dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat.
Menurut beliau, bayi itu dipercayai dibuang di situ dalam tempoh 24 jam lalu dan tiada kesan kecederaan lain ditemui.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan cuba membuang bayi.
Ibrahim meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian agar menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Lagi bayi perempuan dibuang

Oleh RAFIDAH YAAKUB
pengarang@utusan.com.my
SANDAKAN 24 Jan. – Apa gelaran selayaknya diberikan kepada manusia bertopengkan syaitan yang sanggup membunuh dan membuang anak sendiri?
Nampaknya, kes pembuangan bayi seperti tiada penghujung apabila hari ini satu lagi mayat ditemui terapung di perkampungan atas air, Kampung Gas Baru, Jalan Batu Sapi di sini.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rowell Marung berkata, mayat bayi berkenaan yang masih bertali pusat ditemui orang awam kira-kira pukul 6 pagi ini.
“Mayat bayi perempuan itu telah ditemui di bawah rumah penduduk kampung oleh orang awam yang kemudiannya menghubungi pihak polis,” katanya.
Tambah Rowell, sepasukan anggota polis kemudiannya telah bergegas ke lokasi penemuan mayat bayi berkenaan bagi menjalankan siasatan lanjut.
Beliau berkata, mayat bayi tidak berdosa itu dihantar ke Hospital Duchess Of Kent di sini untuk bedah siasat.
Katanya, kes ini disiasat bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi dan menyembunyikan kelahiran.
“Kita harap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya segera melaporkannya kerana kerjasama mereka sangat penting bagi membolehkan individu yang melakukan kerja terkutuk itu dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya.
Bulan ini sahaja sebanyak lima kes pembuangan bayi telah direkodkan di negeri ini, masing-masing empat kes di Kota Kinabalu dan satu di Sandakan.

2 sahabat terkejut jumpa mayat bayi terapung

 
BEBERAPA anggota polis memeriksa plastik mengandungi mayat bayi yang ditemui di Sungai Skudai di perkampungan Orang Asli Kampung Bakar Batu, Taman Perling, Johor Bahru, semalam. – UTUSAN/Baazlan IbrahiM

JOHOR BAHRU 16 Jan. – Dua sahabat yang sedang mandi-manda di sungai berhampiran Kampung Sungai Bakar Batu, Taman Perling di sini terkejut apabila menemui sebuah beg plastik terapung yang mengandungi mayat seorang bayi perempuan.
Pada mulanya, Mazni John dan Pina Paizal, kedua-duanya berusia sembilan tahun menganggap beg plastik yang terapung berhampiran mereka hanya berisi pakaian terbuang.
Namun, sebaik sahaja dua anak Orang Asli itu membuka beg plastik berkenaan, mereka menjerit ketakutan apabila menemui mayat bayi.
Dua kanak-kanak itu bergegas pulang ke rumah masing-masing yang terletak tidak jauh dari sungai berkenaan.
“Saya ingatkan ada pakaian yang dibuang dalam beg plastik itu, rupa-rupanya mayat bayi. Kami kemudian segera pulang dan memaklumkannya kepada ibu bapa kami,” kata Mazni ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk kampung mengenai penemuan mayat bayi itu kira-kira pukul 1 petang.
“Polis yang bergegas ke tempat kejadian menemui satu bungkusan plastik berwarna kuning terapung di sungai sebelum membawanya naik ke darat.
“Sebaik sahaja anggota polis membuka beg plastik tersebut, mereka menemui satu mayat bayi yang masih bertali pusat,” katanya ketika dihubungi di sini.
Ruslan memberitahu, pemeriksaan awal mendapati, tiada kesan kecederaan pada mayat bayi itu yang dipercayai baru dilahirkan.
Mayat bayi tersebut kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat, katanya.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan hingga kini belum ada tangkapan dilakukan.
Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai penemuan mayat bayi berkenaan diminta menghubungi talian hotline di 07-2212999 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
KUALA LUMPUR 26 Feb.- Seorang kanak-kanak perempuan (Syafia Humairah Sahari) berusia tiga tahun matidipercayai akibat didera  oleh teman lelaki ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritenden Norel Azmi Affandi Yahya berkata, mangsa yang dikenali sebagai Sapiah sebelum itu dibawa oleh teman lelaki ibunya itu ke Hospital Kuala Kubu Baru dengan mendakwa kanak-kanak malang itu mati kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Beliau berkata, lelaki berusia 28 tahun itu datang bersama seorang rakan lelaki dan kemudiannya meninggalkan kanak-kanak yang sudah tidak bernyawa itu di wad kecemasan kira-kira pukul 8.30 malam. “Ketika jururawat hendak bertanya lebih lanjut mengenai kemalangan itu, mereka kemudiannya melarikan diri dengan mendakwa perlu bergegas ke balai polis untuk membuat laporan.
“Kira-kira pukul 11 malam, pihak hospital menghubungi kita dan hasil semakan, tiada sebarang laporan diterima mengenai kemalangan jalan raya dan hasil pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa mendapati mangsa dipercayai mati akibat didera,” katanya ketika dihubungi hari ini. Norel Azmi berkata, hasil pemeriksaan awal pihak hospital mendapati mangsa mengalami kecederaan di tubuh badan selain luka-luka di dagu, lebam di perut serta bawah telinga dan dipercayai mati ketika dalam perjalanan ke hospital.
Beliau berkata, polis kemudiannya menahan teman lelaki ibu mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi kira-kira pukul 3 pagi tadi bagi membantu siasatan. Ibu mangsa dan teman lelakinya itu difahamkan mempunyai hubungan sejak enam tahun lalu dan mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil perhubungan mereka.Sesetengah komen yang diberikan oleh jiran-jiran di muka-muka akhbar melibatkan kes dera kanak-kanak inimendakwa mereka tidak mahu tolong sebab ingatkan itu ‘ayah’ Syaifa. Cukup kesal apabila membacanya. Sepatutnya tidak kira siapa sahaja, lebih-lebih lagi melibatkan kanak-kanak yang baru umur 3 tahun dibantu lelaki (yang kononnya mereka ingatkan ayah Syaifa tu) patut ditegur supaya kejadian buruk dapat dielakkan berlaku. Bukannya apa bila sudah terjadi, baru hendak menyesal dan bersedia untuk membantu siasatan kes dera kanak-kanak tersebut. Apa guna? Apa guna pada masa itu baru nak bertindak?
“Kadang-kadang apabila hidup berjiran, kita perlu menyibuk”
Apa yang boleh katakan, inilah jantan dayus apabila melepaskan tekanan dan biarkan nafsu amarah menguasai diri ke atas mahkluk yang bergelar KANAK-KANAK. Dahla…kau tiada kena-mengena dengan kanak-kanak tersebut. Sesuka hati kau nak buat dengan kanak-kanak tu begitu. Agak-agaknya kalau mak bapak kau sendiri sepak kau, terajang kau, hantuk kepala kau kat dinding, kau suka? Ada mak bapak kau buat begitu? Semestinya tiada. Sebab apa, mak bapak beginilah yang kenal erti KASIH SAYANG.Sayang dan kesal sekali dengan ibu kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa (Syaifaa), bukan mudah nak mengandung dan melahirkan anak selepas 9 bulan 9 hari, tetapi jantan yang tidak berperikemanusian ini juga yang lebih disayangnya berbanding anak sendiri.
P/S : Nasihat ini ditujukan juga kepada saya, kita sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, laporlah kepada pihak berkuasa jika kita mengetahui tentang berlakunya kes dera kanak-kanak di tempat anda dan kita semua..Disini sya jg memohon pda masyarakat dluar cna serta ibu2&bapa2 jgn la seksa anak2 ini mereka tidak besalah...mereka anugerah dr yg MAHA ESA hargailah mereka &syangila mereka..Jikalau kita sbatang kara siapa akn mndoakan kita bla kita dh pergi mnemui yg Mha Esa...jika kita ada anak,anak2 kita la yg akn mndoakn kita...wlau mcm mn pun anak2 kita didikla mreka sbaik mngkin.Insyaallah kita akn mndapat mnfaatnya...Jgn la dsksa anak2 ini kasihanila mereka...

Friday 9 December 2011

10.10.10 SALIN KULIT: 11.11.11 SALIN KULIT LAGI!

10.10.10 SALIN KULIT: 11.11.11 SALIN KULIT LAGI!: warning: its only a date tho unique to some. cuma jgn dok percaya yg karut marut !! mula2 teringin juga nak salin kulit sekali lagi pada h...

Sunday 4 December 2011

HARGAI PELUANG YG DIBERI

Emak,ibu,mummy,umi&sebagainya...perkataan itu kita guna untuk memanggil insan yg mlahirkan kite.Tp xsmua anak dpat mggunakan ayat itu krana xsmua anak2 yg berpeluang bsama ibu mreka,anak2 ini ada yg khilangan ibu mereka ktika msih kcil smada pergi menemui yg Mha Esa mhupun ditinggalkn begitu sahaja.Setiap hri ade shaja berita yg kite dngar tntang pembuangan bayi,tntang penderaan bayi,rogol &sbagainya...YA ALLAH ..ape yg sdah jdi dgn manusia skrng?Anak -anak ini dibuang tnpa ade rsa belas kasihan sdangkn yg mlakuknya adalah insan yg mlahirkan mereka.Smua ini trjadi krna seks bebas dkalngan remaja skrng,memang seronok ktika bersama insan yg tsayang brmcm-mcm jnji mnis yg dtaburkn sblm dpat mnakluki tbuh sigadis.Bila ape yg dihajati tlah tercapai maka hilng lah si lelaki yg mnabur jnji mnis tdi..si gadis yg tngah mgandung bnih si llaki ditinggalkn bersendirian maka bermula la episod pembuangan bayi shngga myebabkn kematian.Whai si gadis diluar sana tdakkah kamu rasa bsalah diatas ape yg tlh kamu lakukn?Dimana perasaan kamu sbgai seorng ibu yg mlahirkn anak itu?Kite xthu samada dmasa akan dtang kite akan dikurniakn zuriat ke tdak...mgkin bayi yg dilahirkan tdi adalah yg pertama&terakhir untuk kite.Memang kite akan rasa malu bila mgandung anak yg tidak berbapa malahan ade jga ahli kluarga yg tdak mahu mnerima kite lagi krana malu dgn jiran2 tp itu hnya smentara walau jahat macam mn pun kite, buruk mcm mn pun satu hari ibu bapa kite akn trima kite jg.Jika ade sigadis diluar sana yg mgandungkn zuriat tnpa bapa jgn la bunuh bayi itu,lahirkn la mereka spaya mereka dpat mlihat ALAM ini..skurang2nya kite dh dapat elak dri melakukan dosa lgi,jikalau tidak mahu mnjaga bayi yg dilahirkn itu serahkn la mereka pda insan yg tidak mempunyai zuriat..skurang2nya anak itu hidup. Bila trjadi begini jgn la kite cpat ptus asa serta mgambil jln yg mdah sharusnya kite cba membina hidup yg baru seperti kata perpatah melayu" BUANG YG KERUH AMBIL YG JERNIH"jadikn pengajaran dgn ape yg pnah kite lakukan dlu.Ingat la bahawa ALLAH itu MAHA PENGAMPUN lagi MAHA MENGASIHANI.Pada sigadis yg sdang dilamun cinta jgn la mudah terpedaya jgn jnji mnis sijejaka kerana yg mnanggung kemudian hri adalah diri kite sndiri.Jauhi la diri kite dr lembah maksiat krana ia akan merosakkn diri kite sndiri...Hargaila diri kite sblm kite mnghargai pasagan kite...Jgn disia-siakn hidup ini hnya krana jnji mnis sijejaka..