KUALA LUMPUR 26 Feb.- Seorang kanak-kanak perempuan (Syafia Humairah Sahari) berusia tiga tahun matidipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritenden Norel Azmi Affandi Yahya berkata, mangsa yang dikenali sebagai Sapiah sebelum itu dibawa oleh teman lelaki ibunya itu ke Hospital Kuala Kubu Baru dengan mendakwa kanak-kanak malang itu mati kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Beliau berkata, lelaki berusia 28 tahun itu datang bersama seorang rakan lelaki dan kemudiannya meninggalkan kanak-kanak yang sudah tidak bernyawa itu di wad kecemasan kira-kira pukul 8.30 malam. “Ketika jururawat hendak bertanya lebih lanjut mengenai kemalangan itu, mereka kemudiannya melarikan diri dengan mendakwa perlu bergegas ke balai polis untuk membuat laporan.
“Kira-kira pukul 11 malam, pihak hospital menghubungi kita dan hasil semakan, tiada sebarang laporan diterima mengenai kemalangan jalan raya dan hasil pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa mendapati mangsa dipercayai mati akibat didera,” katanya ketika dihubungi hari ini. Norel Azmi berkata, hasil pemeriksaan awal pihak hospital mendapati mangsa mengalami kecederaan di tubuh badan selain luka-luka di dagu, lebam di perut serta bawah telinga dan dipercayai mati ketika dalam perjalanan ke hospital.
Beliau berkata, polis kemudiannya menahan teman lelaki ibu mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi kira-kira pukul 3 pagi tadi bagi membantu siasatan. Ibu mangsa dan teman lelakinya itu difahamkan mempunyai hubungan sejak enam tahun lalu dan mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil perhubungan mereka.Sesetengah komen yang diberikan oleh jiran-jiran di muka-muka akhbar melibatkan kes dera kanak-kanak ini, mendakwa mereka tidak mahu tolong sebab ingatkan itu ‘ayah’ Syaifa. Cukup kesal apabila membacanya. Sepatutnya tidak kira siapa sahaja, lebih-lebih lagi melibatkan kanak-kanak yang baru umur 3 tahun dibantu lelaki (yang kononnya mereka ingatkan ayah Syaifa tu) patut ditegur supaya kejadian buruk dapat dielakkan berlaku. Bukannya apa bila sudah terjadi, baru hendak menyesal dan bersedia untuk membantu siasatan kes dera kanak-kanak tersebut. Apa guna? Apa guna pada masa itu baru nak bertindak?
“Kadang-kadang apabila hidup berjiran, kita perlu menyibuk”
Apa yang boleh katakan, inilah jantan dayus apabila melepaskan tekanan dan biarkan nafsu amarah menguasai diri ke atas mahkluk yang bergelar KANAK-KANAK. Dahla…kau tiada kena-mengena dengan kanak-kanak tersebut. Sesuka hati kau nak buat dengan kanak-kanak tu begitu. Agak-agaknya kalau mak bapak kau sendiri sepak kau, terajang kau, hantuk kepala kau kat dinding, kau suka? Ada mak bapak kau buat begitu? Semestinya tiada. Sebab apa, mak bapak beginilah yang kenal erti KASIH SAYANG.Sayang dan kesal sekali dengan ibu kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa (Syaifaa), bukan mudah nak mengandung dan melahirkan anak selepas 9 bulan 9 hari, tetapi jantan yang tidak berperikemanusian ini juga yang lebih disayangnya berbanding anak sendiri.
P/S : Nasihat ini ditujukan juga kepada saya, kita sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, laporlah kepada pihak berkuasa jika kita mengetahui tentang berlakunya kes dera kanak-kanak di tempat anda dan kita semua..Disini sya jg memohon pda masyarakat dluar cna serta ibu2&bapa2 jgn la seksa anak2 ini mereka tidak besalah...mereka anugerah dr yg MAHA ESA hargailah mereka &syangila mereka..Jikalau kita sbatang kara siapa akn mndoakan kita bla kita dh pergi mnemui yg Mha Esa...jika kita ada anak,anak2 kita la yg akn mndoakn kita...wlau mcm mn pun anak2 kita didikla mreka sbaik mngkin.Insyaallah kita akn mndapat mnfaatnya...Jgn la dsksa anak2 ini kasihanila mereka...

No comments:
Post a Comment